Saturday, August 22, 2015


Oh Mak Ayah!
 Rindunya anakmu ini kepadamu.
Terasa cepat masa berlalu.
Hari ini anakmu sudah berjaya menjejakkan kaki ke tempat yang dikau mahu. 
Janganlah dikau risau tentang keadaanku disini.
Hanya doamu yang aku perlukan,
Semoga aku selamat menamatkan pengajian. 

Friday, August 21, 2015



Tempat yang paling indah dan tenang untuk dilawati.
Tenang dan aman itu yang menjamu sepasang pancaindera, 
Sesungguhnya itu yang paling terindah dan mendamaikan,
Membantu kau merusuh keluar semua perih hidup kau.

Jika kau kesunyian, lihatlah alam ciptaan Tuhan. 
Ia sangat mendamaikan, jangan kau anggap kau keseorangan,
Apa kau lupa Sang Pencipta itu tidak pernah lupa mahupun abaikan engkau,
Setiap detak langkah, setiap uji panacaroba itu,
Walau sering dilimpahkan itu tanda kasih dan cinta Sang Pencipta kepada seorang engkau.

Pulang dan kembalilah kepada-Nya sesungguhnya DIA juga sedang merindui keluh kesah seorang engkau, 
Mengadu dan kembalilah mendamba kepada-Nya.

GOOD MORNING :)
Make your morning as bright as your smile..
Have a nice day ahead..

Ku kirimkan puisi rindu buatmu. Bersama camar-camar yang berterbangan. Entah mengapa, camar pulang semula membawa khabar kurang gembira. Katanya, tingkapmu sudah tidak terbuka. Malah dikau meninggalkan pesan, agar tidak lagi aku menghantar puisi rindu. Kau menyatakan puisiku sudah basi. Petimu juga sudah penuh. Dan tiba masa untuk diganti dengan peti yang baharu. Termenungku sejenak, memikir nasib, mengapa aku ditolak?


Burung-burung terbang bersama kehidupannya yang sejahtera sambil ketawa menyaksikan pentas lakonan dusta manusia. Wahai manusia, jangan engkau mula berdusta. Semakin lama semakin biasa takut dirimu kelak binasa. Melangkahlah dikau maju dengan kebenaran. Jangan pernah goyah untuk melangkah. Tidaklah Tuhan kejam membiarkan engkau rebah. Berpautlah pada dahanNya kerana Dia punya segala. 

Sedang leka melihat gambar rakan-rakan dilaman sosial, mata ini terlihat kepada sepasang kekasih yang begitu mesra gambarnya. Gambar itu cuba aku telit, rupanya milik seorang rakan yang sudah lama tidak dihubungi. Terkejut diri ini mengetahui bahawa lelaki dalam gambar tersebut merupakan suaminya. Lebih mengejutkan lagi apabila mengetahui bahawa beliau sedang hamil. Ya Allah sungguh murah rezekinya. Dalam usia yang muda sudah berkahwin dan bakal mempunyai anak sedang aku disini masih leka mengejar cita-cita. Tetapi aku percaya bahawa Allah sudah mengatur yang terbaik untuk setiap umatnya. Doaku agar Allah memberikan aku jodoh yang terbaik supaya dapat membimbingku mengikut landasan yang betul dan sentiasa berada dalam redhaNya. 
Ketika Zulaikha mengejar cinta Yusuf,
Makin jauh Yusuf darinya,
Dan ketika Zulaikha mengejar cinta Alllah,
Allah datangkan Yusuf kepadanya..
Kejarlah cinta Allah, InshaAllah, DIA akan kurniakan cinta yang diredhaiNYA..

Tuesday, August 18, 2015

Engkau masih menanti disitu,
Kaku,
Berdiri teguh tidak beranjak walau seinci,
Pemergian yang masih segar di benak engkau.

Masih terbayang jejak pergi insan itu,
Yang begitu keras berlalu tanpa memperdulikan engkau,
Tidak sekali dia menoleh dan melambai kepada engkau,
Yang masih kaku terkedu dengan perpisahan itu.

Jauh dia pergi bukan kerana ingin kembali,
Tapi berlalu pergi tanpa ada janji untuk kembali,
Cuma yang pasti engkau sendiri berjanji kepulangan insan itu akan kau nanti.


Wanita, insan yang dulu hanya menjadi aktor di rumah tetapi kini tidak lagi, malah mempunyai kerjayanya yang tersendiri setanding lelaki. 
Wanita mampu berdiri di atas kaki sendiri tidak seperti dulu lagi. 
Wanita insan yang mampu berdikari walau di mana sahaja dia berdiri. 
Terbanglah bebas wahai wanita, dirimu mampu menjelajahi dunia kecil ini. 

Thursday, August 6, 2015




Mawar itu,
Berlapis kelopaknya,
Berduri tangkainya,
Pelbagai warna memberi beribu erti.

Indah,
Untuk dimiliki oleh semua,
Tapi tidak semua mampu memetik dan mengenggam erat,
Menahan bisa pedih luka jari,
Menahan siksa bertahan mengenggam,
Menjaga kemas dan penuh kasih,
Ikhlas menyayangi walau
Pudar warnanya,
Kering kelopaknya.

Mawar sungguh engkau begitu berharga,
Jangan kau berharap kepada kasihnya orang kepada engkau,
Kerana engkau juga mampu melindungi dan menyayangi dirimu sendiri.