Monday, April 25, 2016

SUHAKAM



Fungsi
SUHAKAM ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999, Akta 597. Seksyen 2 Akta ini mentakrif “hak asasi manusia” sebagai merujuk kepada “kebebasan asas sebagaimana yang termaktub dalam Bahagian II Perlembagaan Persekutuan”.
Fungsi SUHAKAM sebagaimana dinyatakan dalam Seksyen 4(1) adalah:
  1. Untuk memupuk kesedaran dan menyediakan pendidikan yang berhubung hak asasi manusia;
  2. Untuk menasihati dan membantu Kerajaan dalam merumuskan perundangan dan arahan dan tatacara pentadbiran dan mengesyorkan langkah-langkah yang perlu diambil;
  3. Untuk mengesyorkan kepada Kerajaan berkenaan dengan penandatanganan atau penyertaan dalam perjanjian dan suratcara antarabangsa yang lain dalam bidang hak asasi manusia;
  4. Untuk menyiasat aduan berkenaan dengan pelanggaran hak asasi manusia.
Selain daripada itu, Seksyen 4(4) Akta berkenaan menegaskan bahawa hendaklah diberi perhatian berat kepada Pengisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 (UDHR) selagi Pengisytiharan itu tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Ini bermakna, apa jua hak dan kebebasan yang tidak disebut dalam Bahagian II tetapi ada dirujuk dalam UDHR mesti dipertimbangkan dengan syarat tidak ada percanggahan dengan Perlembagaan Persekutuan.
Fungsi menyiasat aduan berhubung dengan pelanggaran hak asasi manusia tertakluk kepada syarat yang dikenakan oleh Seksyen 12 Akta tersebut. Seksyen 12 memberi SUHAKAM kuasa memulakan sendiri penyiasatan terhadap tuduhan wujudnya pelanggaran hak asasi manusia, di samping bertindak berasaskan aduan yang dibuat kepadanya. Bagaimanapun, SUHAKAM tidak boleh menyiasat aduan yang menjadi perkara prosiding yang sedang menunggu keputusan mana-mana mahkamah undang-undang atau yang sudah diputuskan dengan muktamad oleh mahkamah. Penyiasatan mesti dihentikan sekiranya perkara yang sedang disiasat dibawa ke mahkamah.
Kuasa
Akta penubuhan telah memberi SUHAKAM kuasa yang membolehkannya menjalankan fungsinya dengan efektif. Di bawah Seksyen 4(2) dalam Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999, Akta 597, SUHAKAM diberikan kuasa:
  1. Untuk memupuk kesedaran mengenai hak asasi manusia dan untuk mengaku janji mengadakan penyelidikan dengan mengendalikan program, seminar dan bengkel dan untuk menyebarkan dan mengedarkan hasil penyelidikan itu;
  2. Untuk menasihati Kerajaan dan / atau pihak berkuasa yang berkaitan mengenai aduan terhadap pihak berkuasa dan mengesyorkan kepada Kerajaan dan / atau pihak berkuasa itu langkah-langkah sesuai yang hendaklah diambil;
  3. Untuk mengkaji dan menentusahkan apa-apa pelanggaran hak asasi manusia mengikut peruntukan Akta ini;
  4. Untuk melawat tempat tahanan mengikut tatacara yang ditetapkan oleh undang-undang yang berhubungan dengan tempat tahanan itu dan untuk membuat syor yang perlu;
  5. Untuk mengeluarkan pernyataan awam mengenai hak asasi manusia apabila perlu; dan
  6. Untuk mengaku janji apa-apa aktiviti sesuai lain yang perlu mengikut undang-undang bertulis yang berkuat kuasa, jika ada, berhubung dengan aktiviti itu.

Monday, April 18, 2016

HAK PENGGUNA


Siapa itu pengguna?

Secara umumnya pengguna adalah seseorang individu yang membeli barang dan perkhidmatan untuk kegunaan atau penggunaan diri, rumahtangga atau isi rumah.
Pengguna yang bijak adalah pengguna yang tahu dan menyedari haknya sebagai pengguna serta bertindak dengan bijaksana dan bertanggungjawab. Bertindak dengan bijaksana bererti seseorang pengguna itu tahu untuk berbelanja dengan bijak dan tidak mudah teperdaya dengan tipu helah penjual. Pengguna yang bertanggungjawab pula ialah pengguna yang menggunakan kebolehannya sebagai pengguna dengan baik. Setiap pengguna perlu tahu haknya dan menjaga hak tersebut agar tidak ditindas oleh pengeluar yang tidak bertanggungjawab. 


Hak Membuat Pilihan
Pengguna perlu diberi kebebasan untuk memilih dan menentukan barang atau perkhidmatan yang diperlukan berasaskan maklumat yang diperoleh.

Hak Bersuara
Hak bersuara bererti hak untuk menyuarakan pendapat sama ada secara individu atau melalui perwakilan dalam proses menggubal dan melaksanakan polisi kerajaan. 

Hak Mendapat Ganti Rugi 
Pengguna mempunyai hak menuntut ganti rugi daripada penjual jika diberi barang dan perkhidmatan yang rosak, busuk, tidak bermutu dan luput tarikh. 

Hak Mendapat Pendidikan Kepergunaan
Pengguna perlu diberi panduan untuk mengetahui hak mereka. Pendidikan kepengunaan juga membolehkan pengguna menjadi lebih rasional dan bijak. Ia boleh diperoleh melalui bengkel, media massa, pameran atau seminar, dan ceramah. 

Hak Mendapat Alam Sekitar  Yang Sihat Dan Selamat 
Pengguna berhak hidup dan bekerja dalam suatu alam sekitar yang bersih, berudara nyaman, dan bebas daripada ancaman yang memudaratkan kesihatan serta tidak menganggu ketenangan jiwa. 

Hak Mendapat Keperluan Asas 
Keperluan asas seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal.

Hak Mendapat Keselamatan 
Pengguna berhak mendapat jaminan bahawa barang dan perkhidmatan yang ditawarkan adalah selamat digunakan dan tidak membahayakan kesihatan pengguna.

Hak Mendapat Maklumat
Pengguna berhak diberi maklumat yang mencukupi dan tepat berkaitan barang dan perkhidmatan yang hendak dibeli bagi memudahkannya membuat keputusan yang bijak. Pengguna berhak dilindungi daripada maklumat palsu dalam pengiklanan, pelabelan dan amalan lain.  

Monday, April 11, 2016

PIAGAM MADINAH


Piagam Madinah telah dibuat oleh Nabi Muhammad SAW pada tahun 622M bersamaan tahun pertama Hijrah, merupakan perlembagaan bertulis pertama di dunia. Kandungan piagam ini terdiri daripada 47 fasal.
  • 23 fasal piagam tersebut membicarakan tentang hubungan antara umat Islam sesama umat Islam iaitu antara Ansar dan Muhajirin.
  • 24 fasal yang berbaki membicarakan tentang hubungan umat Islam dengan umat bukan Islam iaitu Yahudi.

Selain Piagam Madinah, ia juga dikenali dengan pelbagai nama seperti Perjanjian Madinah, Dustar al-Madinah dan juga Sahifah al-Madinah. Selain itu, Piagam Madinah juga boleh dikaitkan dengan Perlembagaan Madinah kerana kandungannya membentuk peraturan-peraturan yang berasaskan Syariat Islam bagi membentuk sebuah negara (Daulah Islamiyah) yang menempatkan penduduk yang berbilang bangsa atau kaum.
Oleh kerana Malaysia mempunyai penduduk yang berbilang bangsa dan kaum, maka Perlembagaan Malaysia adalah panduan yang digunakan untuk membentuk sebuah negara yang aman dan harmoni. Terdapat unsur-unsur persamaan antara Perlembagaan Malaysia dan Piagam Madinah:

1. Kebebasan Beragama 
Dalam Piagam Madinah, Fasal 25 ada mengatakan, “bagi Yahudi agama mereka dan bagi orang-orang Islam agama mereka”. Hal ini selaras dengan firman Allah S.W.T dalam surah Al-Kafirun ayat 6 yang bermaksud, “bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku” serta ayat lain dalam surah Al-Baqarah ayat 256 yang bermaksud “tidak ada paksaan dalam agama”. Melalui perjanjian ini, kaum Yahudi dianggap sebagai satu ummah yang hidup bersama dan saling membantu di bawah perjanjian yang dipimpin oleh seorang ketua negara Islam. Mereka bebas menganut dan mengamalkan agama mereka. Kebebasan ini bukan sahaja diberi kepada kaum Yahudi malah kepada pengikut dan sekutu (mawali) mereka.
Dalam Perlembagaan Malaysia pula, Perkara 3 dalam Agama bagi Persekutuan ada mengatakan dalam Fasal 1 bahawa “Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan”. Ini jelas menyatakan setiap rakyat bebas untuk menganut dan mengamalkan agama mereka.

2. Jaminan Hak Asasi Kemanusiaan 
Dalam Piagam Madinah, setiap orang diberi hak untuk memberi perlindungan kepada seseorang dan berjanji agar perlindungan yang diberi oleh seseorang itu hendaklah dihormati oleh semua ummah. Perlindungan itu diberikan dengan syarat orang yang hendak dilindungi ini mestilah bukan musuh negara dan orang yang bersalah. Memberikan perlindungan kepada jiran merupakan sebahagian daripada adat yang diamalkan oleh orang Arab ketika itu. Dalam fasal 40 ada mengatakan “Bahawa jiran tetangga hendaklah diperlakukan sebagai diri sendiri, tidak boleh dilakukan terhadapnya bahaya dan dosa” malah dalam fasal 41 ada mengatakan “tidak boleh dihampiri sebarang kehormatan wanita melainkan dengan izin keluarganya sendiri”. Ini jelas menunjukkan Nabi Muhammad S.A.W amat menjaga hak-hak ummat baginda. 
Dalam Perlembagaan Malaysia pula, 3 Perkara 8 dalam Kesamarataan, fasal 1 ada menyebut “semua orang adalam sama rata di sisi undang-indang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang”. Ini jelas menunjukkan bahawa setiap orang berhak mendapatkan jaminan yang sama rata di sisi undang-undang Perlembagaan Malaysia. Dalam Perkara 10 pula, dalam Kebebasan bercakap “tiap-tiap warganegara berhak kepada kebebasan bercakap dan bersuara”

Jelaslah disini bahawa, Perlembagaan Malaysia mempunyai persaamaan dengan Piagam Madinah. Dengan adanya perlembagaan atau piagam ini maka sesebuah negara dapat mewujudakan satu bentuk pemerintahan yang adil dan mengelakkan penyalahgunaan kuasa oleh pemerintah. Selain itu juga, ia dapat menjamin keamanan dan kestabilan negara. 

Monday, April 4, 2016

SECULAR HUMANISM


Satu falsafah etika yang menekankan pandangan dunia berdasarkan naturalisme: kepercayaan bahawa dunia fizikal ini atau alam semula jadi adalah semua yang wujud atau ia adalah benar. Oleh itu, ia mengutamakan kaedah inkuiri saintifik dan menolak untuk mendedahkan pengetahuan serta moral teistik. Sekular humanism semakin berpengaruh dalam politik, etika dan moral, serta pendidikan.

Terdapat beberapa dokumen teras yang menyatakan falsafah sekular humanisme. Pertama ialah Manifesto Kemanusiaa I yang dibuat pada tahun 1993 dan telah ditandatangani oleh 34 orang yang berpengaruh termasuk Anton J. Carlson, John Dewey, John H. Dietrich, R. Lester Mondale, Charles Francis Potter, Curtis W. Reese, dan Edwin H. Wilson. Pada tahun 1973 Manifesto Kemanusiaan II telah diperkenalkan tetapi pada tahun 1980 ia telah digantikan dengan Kemanusiaan Deklarasi sekular. Terdapat beberapa bidang penting dari kepercayaan yang mencirikan sekular humanism.