Saturday, March 26, 2016

Kebebasan Hak Asasi Manusia perlu ada batasan


Rakyat Malaysia kini, ramai yang salah menggunakan kemudahan internet. Internet seharusnya menjadi medium penyaluran maklumat yang berguna, medium komunikasi dan pelbagai lagi perkara berfaedah boleh dilaksanakan melalui internet. Tetapi malangnya, maklumat yang disalurkan melalui internet kini tidak mengambil kira pelbagai faktor yang menyentuh soal kemanusiaan. Sesuatu yang di muat naik ke dalam internet, sekelip mata akan menjadi viral di media-media sosial. Kesahihan maklumat tersebut belum di pastikan, tetapi maklumat tersebut sudah di viralkan.  Manusia yang menyebarkan perkara ini adalah manusia yang tidak bertanggungjawab dan seharunya dikenakan hukuman. 

Walaupun hanya segelintir sahaja manusia yang bersikap sebegini, namun ianya harus dibendung agar suasana yang kurang baik tidak akan wujud. Janganlah kerana golongan yang kecil itu, menyebabkan sesetengah individu bergaduh. Negara ini merupakan sebuah negara yang sensitif tentang isu-isu keagamaan dan perkauman, oleh itu, setiap individu perlu menjaga sensitiviti ini agar keamanan negara dapat dikekalkan. 

Tidak dinafikan setiap individu mempunyai hak kebebasan masing-masing. Namun, realitinya, setiap individu mempunyai kebebasan mengikut undang-undang.  Perlembagaan Persekutuan mendukung prinsip kebebasan asasi manusia seperti yang terkandung dalam Bahagian 2: Kebebasan Asasi iaitu Perkara 5 hingga 13 Perlembagaan Persekutuan. Hak itu adalah tonggak kepada demokrasi yang diamalkan di negara ini. Ia juga adalah perkara yang terkandung dalam 'hak asasi manusia sejagat'. Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyebut bahawa semua orang adalah sama rata dan berhak mendapat perlindungan yang sama di sisi undang-undang.

No comments:

Post a Comment