Monday, April 18, 2016

HAK PENGGUNA


Siapa itu pengguna?

Secara umumnya pengguna adalah seseorang individu yang membeli barang dan perkhidmatan untuk kegunaan atau penggunaan diri, rumahtangga atau isi rumah.
Pengguna yang bijak adalah pengguna yang tahu dan menyedari haknya sebagai pengguna serta bertindak dengan bijaksana dan bertanggungjawab. Bertindak dengan bijaksana bererti seseorang pengguna itu tahu untuk berbelanja dengan bijak dan tidak mudah teperdaya dengan tipu helah penjual. Pengguna yang bertanggungjawab pula ialah pengguna yang menggunakan kebolehannya sebagai pengguna dengan baik. Setiap pengguna perlu tahu haknya dan menjaga hak tersebut agar tidak ditindas oleh pengeluar yang tidak bertanggungjawab. 


Hak Membuat Pilihan
Pengguna perlu diberi kebebasan untuk memilih dan menentukan barang atau perkhidmatan yang diperlukan berasaskan maklumat yang diperoleh.

Hak Bersuara
Hak bersuara bererti hak untuk menyuarakan pendapat sama ada secara individu atau melalui perwakilan dalam proses menggubal dan melaksanakan polisi kerajaan. 

Hak Mendapat Ganti Rugi 
Pengguna mempunyai hak menuntut ganti rugi daripada penjual jika diberi barang dan perkhidmatan yang rosak, busuk, tidak bermutu dan luput tarikh. 

Hak Mendapat Pendidikan Kepergunaan
Pengguna perlu diberi panduan untuk mengetahui hak mereka. Pendidikan kepengunaan juga membolehkan pengguna menjadi lebih rasional dan bijak. Ia boleh diperoleh melalui bengkel, media massa, pameran atau seminar, dan ceramah. 

Hak Mendapat Alam Sekitar  Yang Sihat Dan Selamat 
Pengguna berhak hidup dan bekerja dalam suatu alam sekitar yang bersih, berudara nyaman, dan bebas daripada ancaman yang memudaratkan kesihatan serta tidak menganggu ketenangan jiwa. 

Hak Mendapat Keperluan Asas 
Keperluan asas seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal.

Hak Mendapat Keselamatan 
Pengguna berhak mendapat jaminan bahawa barang dan perkhidmatan yang ditawarkan adalah selamat digunakan dan tidak membahayakan kesihatan pengguna.

Hak Mendapat Maklumat
Pengguna berhak diberi maklumat yang mencukupi dan tepat berkaitan barang dan perkhidmatan yang hendak dibeli bagi memudahkannya membuat keputusan yang bijak. Pengguna berhak dilindungi daripada maklumat palsu dalam pengiklanan, pelabelan dan amalan lain.  

No comments:

Post a Comment